Saturday, August 29, 2009

FALSAFAH CINTA

Seseorang membicarakan aku tentang falsafah cinta... begitu indah kata-katanya merungkai erti cinta sebenarnya. . dia juga turut bertanya kepada aku apa erti cinta sebenarnya. . dia begitu yakin membicarakannya. . . ada beberapa perkataan darinya yang aku ingati,
"cinta yang terbaik tidak diungkapkan,
ia dirasai dari jiwa
hanya jiwa ke jiwa"

benar katanya, cinta hanya dirasai dari jiwa, bukannya sekadar ungkapan manis di bibir.... dia menyambung kembali kata-katanya;
"cinta bukan angan-angan
cinta bukan apa yang dalam kepala
cinta bukan kata-kata sayang
cinta itu tak ada bahasanya"

begitu puitis kata-katanya bagiku, dan dia berkata lagi, kita mesti tahu apa itu falsafah cinta. kerana dia, aku berfikir dengan wajarnya... tak guna berpaling lagi kepada sesuatu yang kita tak tahu kesudahannya.. fikir positif dalam menilai erti kehidupan.. itu yang aku belajar darinya.. cuba hargai kehidupan ini sebaiknya dengan keindahan dunia yang sepatutnya kita kecapi dengan bahagia. sesungguhnya aku bersyukur mempunyai orang-orang yang baik disekelilingku.

No comments:

Post a Comment