Sunday, October 4, 2009

CINTA PANDANG PERTAMA

sebelum ini aku selalu membaca perkataan ini di dalam ayat-ayat novel. kadang kala ia amat mengkhayalkan aku hingga terbawa-terbawa dalam dunia realiti. namun aku kurang percaya. CINTA PANDANG PERTAMA berbeza dengan CINTA PERTAMA. sekali pandang terus jatuh hati, itulah yang dikatakan CINTA PANDANG PERTAMA. wujudkah?? mungkin pernah wujud dalam segelintir individu. namun bukan pada aku. aku tak pernah merasakan apa itu cinta pada pandangan pertama. semalam ada seseorang membicarakan pada aku tentang CINTA PANDANG PERTAMA. aku cuba memahaminya, mendengar tentang bicaranya kepada aku. aku cuba menafsir, adakah kata-katanya benar, atau sekadar mulut manis seorang yang bergelar lelaki. aku cuba menafsir lagi, mungkin ada yang benar. tapi sebenarnya aku yang cuba menolak kebenaran kata-katanya itu. aku tak mahu hati aku goyah lagi. aku ingin percaya kata-katanya, tetapi hati aku cuba menolak, jangan terlalu mempercayai kata-kata manis yang sering membicarakan rasa luhur tentang hati dan perasaan mereka pada seorang yang bergelar perempuan. aku tak mahu hati dan perasaan aku mudah diperkotak-katikkan oleh seorang yang bergelar lelaki. aku tak mahu hati dan perasaan aku tidak dihargai lagi. aku tak mahu menjadi seorang perempuan yang lemah. Ya Allah kuatkan hati aku dalam dugaan dan ujian yang kau berikan pada aku. aku sedar aku insan yang banyak kelemahan dalam diri ini, tapi aku tak mahu hati aku terus dipermainkan. jika benar kata-kata dia pada aku, bukakan lah pintu hati aku untuk terus mempercayainya...

1 comment:

  1. cinta pertama yang menyakitkan,
    cinta pandang pertama yang tak terbilang..
    wakakaka..itu la aku..
    blog pempuan semua menjiwang ea..

    ReplyDelete