Wednesday, January 27, 2010

ADNAN SEMPIT... sekilas pandangan

Sekali lagi aku berkesempatan untuk berada di alam bolgger ni.. kesibukan yang aku lalui hari-hari membuatkan aku meninggalkan dunia blogger ni. namun dalam kesibukan aku dengan perihal Kolej dan ativiti di UM aku masih berkesempatan pergi menonton wayang bersama teman-teman baikku.. Aku menonton cerita ADNAN SEMPIT. Segala masalah duka dan tekanan yang aku alami, aku dapat lupakan seketika apabila menonton tayangan ADNAN SEMPIT. Dari awal aku menonton hingga ke akhir tayangan hanya ketawa sahaja kedengaran dalam panggung wayang tu. Aku pun sama asyik ketawa sampai lupa diri. huhu
Komen aku tentang movie ni:
  • jalan cerita yang simple but...
  • menarik hati penonton hingga...
  • ramai yang ketawa berdekah-dekah sebab....
  • sangat kelakar di samping diselitkan dengan....
  • percintaan yang unik dan
  • touching gak aku, terutama dengan....
  • watak ADNAN yang bersahaja, tapi...........
  • ada stgh perkataan yang agak kurang ajar yang.....
  • agak x sesuai dalam adab melayu but........
  • relevan lah dengan jalan cerita yang di bawanya walaupun........
  • banyak perkataan slanga yang digunakan, mungkin.....
  • golongan remaja saja yang sesuai menonton cerita ni sebab.......
  • golongan orang tua x sesuai... ekekeke
Tapi ada satu persolan yang aku musykilkan.............
KENAPA PILIH NAMA WATAK ADNAN YEK????
huhuhu....
Selepas menonton, kesimpulan yang aku dapat dari filem ADNAN SEMPIT ni, ternyata cerita ni nak membuktikan tak semua golongan Mat Rempit tu jahat dan tak bermaruah.. bermakna ada segolongan mat rempit mempunyai hati yang mulia... cewah.. ye ke!!! lagi satu yang aku dapat, golongan atasan tak semestinya tak boleh bergaul dengan golongan bawahan, percintaan yang agak menyentuh hati. Ada elemen-elemen yang membawa nilai positif dalam masyarakat.. semoga filem Melayu selepas ini cuba menerapkan banyak nilai-nilai Melayu yang positif agar masyarakat Melayu terus dipandang tinggi....

1 comment:

  1. salam..nice blog..sj nk tmbah kenalan blogger..just nk share tgk cite adnan sempit..huhuhu..mmg best cite 2..kelakar hbs..x kering gusi di btnya kn..hehehe..

    selamat berkenalan..

    ReplyDelete