Thursday, August 5, 2010

SAHABAT & CINTA



Ramai yg suka bila bicara soal cinta.. kerana aku juga seorang pencinta.. pengalaman bercinta mengajar kita lebih mengenal dunia dalam percintaan.. perasaan putus cinta tu usah dikatalah memang pedih. . Aku cuba menyingkap cerita seorang sahabat yang bercinta dan kini telah berkahwin.. Dia kata hidup di alam perkahwinan x seindah seperti yang di khabarkan.. Aku mengjungkit bahu tanda tidak tahu.. Mungkin dia ada masalah..
"Aku tengok ko happy2 je ngan cik Abang".. begitulah pujukan ku dengan sahabatku. "luaran nmpak bahgia, dlm hati siapa yg taw". Aku menjungkit bahu sendiri. tanda tidak mengerti. Masalah rumahtangga ni bagi aku rumit. Aku sendiri tidak mengerti. Dia berkahwin di usia yang muda, semuanya bagi aku kerana cinta. Buktinya kini dikurniakan seorang anak yang comel tanda cinta mereka itu benar. Tapi lain benar pula keluhannya kali ini. Sekali sekala selisih faham 2 biasalah dalam rumahtangga. Fikirku..
"Ntah lah nisa, susah aku nk cerita". Itulah ayat yg fikirku snang diucapkan.
"jgn lah kahwin awl mcm aku, enjoy lah dlu puas". PULAK DAH!! Itu nasihat yg aku dpt darinya. Tapi betullah, bukan senang nak melalui bahtera perkahwinan yg disanjungi yg telah berdiri ats dasar cinta. Hati suami kena jaga, hati mertua kena jaga, hati keluarga sendiri juga perlu dijaga. Berat sungguh tanggungjawabmu sahabatku. Jika aku ditempatmu, mungkin akan menangis saban malam. Konflik dgn mertua mmg x pernah habis. bersabarlah sahabat. Kau bukan sahaja perlu mencintai suamimu semata-mata, belajar lah mencintai ahli keluarga suamimu juga. Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan perkahwinanmu. Didiklah anakmu yg comel itu sebaiknya. Aku sentiasa jika memerlukan ku sebagai teman setia...

Lain pula cerita sahabat aku yg seorang ni, tiba2 putus tunang. Bertunang atas CINTA. Sepatutnya mungkin mereka akan berkahwin awl tahun depan. Ya Allah, pelbagai masalah menimpa sahabat2ku. Bersabarlah...
"kenapa?" Itulah soalan pertama ku bila mendengar khabarnya. Menangis die di sisiku.
"Aku x taw, hati aku kosong"
"x syg dia lg?"
"ntah, 50-50"
"kenapa pulak mcm 2?, ada org lain ke?" sengaja aku menduga.
"x! xde spe2. Hati aku kosong!" tegas bunyinya masih dalam tangis.
"jangan menyesal pulak nty"
"lebih baik menyesal skang drp menyesal kemudian hari"
begitu pula bunyinya. habis memang dah xde cinta lah agaknya. Getusku, tapi sekadar dlm hati. Daripada ceritanya, mungkin sygnya pda tunangnya ats dasar simpati. Kenapalah begini sahabatku. Cinta x boleh atas dasar apa2 pn. Kalau cinta ats sebab kesian atau simpati bukan cinta namanya. Rumit otakku memikirkan masalahnya. Senangnya hati boleh tiba2 kosong!. bagi aku memang xde cinta dari awl lg. Ntah lah sahabatku, bukan jodoh kau kot, dah xde jodoh dgn die nak buat mcm ne. Ayat ni lah biasa kita dgr bila seseorang putus cinta. So aku pn gune jugak lah.. huhu.. Moga dirimu juga terus tabah selepas ini. Biasalah mulut manusia, akan kedengaranlah kata-kata cemuhan nty.. susah juga yek.. Aku doakan moga kau menemui jodoh yg lebih baik. Pengalaman sahabat2 aku ni buat aku lebih berhati2, dah berkahwin pun byk lagi cabarannya dlm bercinta ni, bertunang juga lebih hebat dugaannya. Hati dan perasaan perlulah bersatu dalam soal cinta. Ketulusan, kesabaran, ketabahan perlu sentiasa tersemat dalam diri agar cinta dapat dikekalkan.. Itu yg aku harapkan..

1 comment: