Monday, October 25, 2010

TERIMA KASIH . . .

Pelbagai nasihat, pandangan, dan kata2 rangsangan yg aku dpt tika ini. Mereka suruh aku bangun kembali menjalani kehidupan ini dengan ceria, gembira dan tanpa usikan rasa kenangan lalu yg menyakitkan. . . aku tahu mungkin aku terlalu mengagungkan perasaan hatiku selama ini. Kenapa? sebab inilah kali pertama aku cuba sedaya upaya mengikut kata hati aku, mempercayai kebenaran rasa dalam jiwa aku. Munkinkah aku sebenarnya silap membuat perhitungan dalam kehidupanku. mungkinkah aku silap dalam menilai hati budi seseorang, atau mungkinkah aku silap terlalu mempercayai seseorang yg aku sayang. Atau sebenarnya salah aku kerana pilih kebahagian yg sementara ini. . . Kalo dulu aku x pernah percaya ini semua, tapi akhirnya gagal juga. Kini aku mempercayai semua ini tapi gagal juga. Betapa sakitnya aku rasa.
Aku perlu bangkit, bangun, berdiri dan terus berjalan. Aku perlu terus menulis karangan hidupku walaupun derita yang melanda. Aku perlu sabar dalam mencari ketenangan jiwa. Aku perlu kuat hadapi kenyataan yg dia telah tiada di sisi.
Tapi kenangan tetap mengusik jiwa ini. kenangan tetap mengganggu ketenangan hatiku, kenangan itu terus ada dalam jiwa aku. Perlukah aku buang kenangan itu atau aku terus mengingatinya. Setiap kali aku tidur aku berdoa esok akan kembali seperti mana aku dulu. Aku mahu dia terus disampingku. Apabila aku bangun aku berharap perpisahan kita ini hanyalah mimpi aku di dalam tidur. . . Namun ternyata tidak bermakna. Aku telah lalui semua itu di alam realiti, bukan mimpi atau mainan perasaan. walaupun setiap hari aku berbisik agar masa diputarkan kembali. . . aku selalu kalah dengan diriku ini. . . Lemahnya aku...
Aku baca kata2 nasihat dan ransangan kawan2 ku, aku dengar kata2 semangat kawan2 ku. Aku perlu sabar. . . teruskanlah kuatkan semangatku kembali. Pulihkan kembali aku yang dulu. aku mahu kembali ketawa tanpa rasa sedih dihati. aku tidak mahu hipokrit bergembira lagi. aku mahu diri aku terus menghargai kehidupan ini. Aku yakin Allah itu adil, mungkin belum tiba masanya aku terus bahagia disisi seseorang..

No comments:

Post a Comment