Tuesday, July 14, 2009

KENANGAN KURSUS PM




lama aku tak update blog ni.. sebab terlalu sibuk dengan persiapan sebagai pembantu mahasiswa. banyak kenangan manis dan pahit aku bersama PM2 KK8. mengenali mereka satu pengalaman yang indah dalam hidup aku. walaupun banyak sangat masalah yang melanda semasa minggu haluansiswa, kami tetap boleh ketawa bersama. menangis dan ketawa satu kebiasaan sepanjang masa aku bergelar pembantu mahasiswa kolej kediaman kinabalu.. kursus PM memang best. seminggu aku di Pasir Mas Kelantan untuk kursus BTN. agak mencabar jugak. terpaksa berakit di tasik Danau Tok Uban. memang satu kenangan yang aku tidak akan lupa sampai bila-bila. apa yang paling tidak suka selepas seminggu kem BTN ialah semasa sesi luahan perasaan. aku tidak suka time sedih2. memang aku menangis gila-gila lah.. huhuhu..


tetapi selepas tu kami pergi ke PULAU PERHENTIAN di TERENGGANU. Inilah kali pertama aku menjejakkan kaki di Terengganu. Pulau Perhentian memang satu pulau yang cukup cantik pernah aku jumpa. masih aku ingat lagi aku nampak penyu yang sedang berenang di bawah kaki aku.. insyaallah aku akan datang lagi ke sana..


Walaupun antara kami ada yang tidak sehaluan atau pun yang tidak sebulu, tetapi kami tetap boleh bergembira bersama-sama. kenangan bersama semua PM kolej 8 akan sentiasa aku ingati.


I LOVE YOU ALL..


No comments:

Post a Comment