Sunday, August 2, 2009

mencari damai di hati

sejak akhir2 nie banyak sangat masalah yang melanda antara aku dan dia. ketidakpastian dalam perhubungan kami mengundang kesakitan dalam hati aku... mungkin aku insan yang lemah, mudah tewas dalam percintaan yang serasa baru sahaja bermula. betapa sakitnya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. hanya padamu aku bermohon supaya mengurangkan kesakitan yang melanda hati aku, hanya padamu aku bermohon kuatkan kembali semangatku untuk terus mengharungi liku2 kehidupan ini..
semalam aku dapat sedikit ketenangan, lama juga aku bersantai diperkarangan taman KLCC bersama seorang teman, sama-sama meluahkan perasaan yang semakin sesak di dada. aku menjadi pendengar setia kepada curahan masalah temanku. masa itu aku berfikir bahawa ada yang lebih berat masalahnya berbanding aku. hati dia lebih tabah dari aku. tanpa sedikit pun air mata tidak mengalir dimatanya. dia nampak tenang walaupun sesak dengan pelbagai dugaan hidup yang lebih mencabar. semoga Allah permudahkanlah kami dalam menjalani kehidupan ini. sesungguhnya aku akui dugaan yang berat membuatkan aku lebih dekat denganNya.
tenang aku merasakan saat melihat keutuhan KLCC, tenang aku rasakan saat melihat pancutan air di kolam berdekatan KLCC. pandangan sedikit ralit melihat keunikan yang dibuat oleh manusia. betapa hidup ini banyak dengan keindahan yang belum aku kecapi. . .
seandainya aku ditakdirkan untuk berpisah dengan dia, aku redha ya Allah. mungkin aku tidak diciptakan untuknya. mungkin aku bukan jodoh yang Allah jadikan untuk aku. andainya aku yang bersalah dalam perhubungan kita, maafkan aku. aku telah cuba sedaya upaya memperbaiki hubungan kita supaya jalinan kasih yang kita bina kekal kukuh, namun apakan daya putus di tengah jalan. biarlah ingatan aku bersama dia yang kekal kukuh dalam ingatanku. saat bahagia yang engkau berikan kepada aku tidak akan pudar buat selamanya. semoga tuhan menemukan aku dengan orang yang benar2 ikhlas memiliki hati aku. hanya itu pinta ku.

No comments:

Post a Comment