Thursday, November 12, 2009

HARI INI DALAM SEJARAH


Hari ini rasa mahu mencatatkan suatu cerita yang aku lalui sepanjang hari ini.. Sebenranya tidak lah semenarik mana pun, tapi aku rasa seronok dan kelakar dengan apa yang aku buat hari ini. Cadangan asal aku ialah nak pergi library nak study.. Jadi seorang teman telah mempelawa aku untuk study sama-sama kat library. Library pilihannya ialah library peringatan Za'ba. So, buat pertama kalinya aku hari ini menjejakkan kaki pergi ke perpustakaan peringatan ZA'BA.

Sepanjang aku berada di Universiti Malaya ni, baru hari ini aku menjejakkan kaki ke sana. Bagi aku tidak lah kelakar mana pun, tapi bagi teman aku mentertawakan aku kerana tidak pernah pergi ke library Za'ba. Ya, mungkin kelakar kot, sebab dah lama juga aku di sini, tapi tidak pernah nak pergi ke sana. Antara apa yang aku rasa seronok di sana ialah, aku rasa tenang, tidak ramai orang seperti di library Utama Um. Aku boleh study tanpa rasa mengantuk, tetapi teman aku tu kelihatan tersengguk-sengguk juga mengantuk.. hehe.

Kemudian aku turut memberitahu temanku yang aku juga tidak pernah pergi ke Muzium Seni Asia. Sekali lagi aku ditertawakan, kerana aku tidak pernah ke sana. Tanpa disangka selepas study dia mengajak aku ke sana. Pertama kali juga hari ini dalam sejarah aku melawat muzium seni asia. Tiada pengunjung lain selain dari kami berdua. Seronok juga. Baru aku tahu segalanya hari ini. Dalam Muzium tu tersangat cantik, pelbagai barangan dan artifak berharga ada. Terasa kagum.. Aku sempat belajar buat origami burung. Origami burung itu lambang keamanan. Best!!

Selepas solat di surau Fakulti Sains, hujan turun dengan lebatnya, perjalanan kami jadi lewat untuk balik ke kolej. Apalagi, bersantai lah seketika di Fakulti Sains tu, tunggu sampai hujan reda. . .Perut terasa lapar juga, teman aku juga begitu, katanya tidak makan daripada pagi lagi, aku mengajaknya makan di Yaya D'Rimba Cafe di FSKTM.

Ternyata rupanya dia tidak pernah makan di sana. Aku ceritakan bahawa cafe tu sebenarnya betul-betul di rimba. Die tertawa seolah tidak percaya. Sememangnya permandangan di sana seperti di rimba.Akhirnya dia mengakui dengan kata-kata aku...

Hari ini seolah satu perjalanan pengembaraan yang panjang aku alami. sebab itu aku rasa ingin coretkan di sini, seperti hari ini dalam sejarah.. huhu..






6 comments:

  1. salam..bleh tahu siapakah gerangan kwn tuan hamba itu???hahha..kenapa hanya melakarkan kenagan seorang diri sedangkan pergi berdua??ini menimbulkan kemusyklan dlm jiwa memanda...Harap jawapan tuan hamba diberikan dapatlah merungkai persoalan di benak pkran memanda ini....JGn biarkan diri diselubungi misteri

    ReplyDelete
  2. hmm sape la teman awk tuh..
    agak klakar ler cz awk xpernah p PPZ N Muzium Seni Asia..saya dh bnyk kali p ke sana taw..nsb baik ler teman awk sudi bwa awk ke sana yer..huhu

    ReplyDelete
  3. ish3...
    dah duduk kat cini lame pun tak pernah g..

    ReplyDelete
  4. soal siapa seorang teman itu biarlah rahsia.. tak perlu dirungkai siapakah teman saya itu.. cukuplah sekadar sy berterima kasih kepadanya kerana telah mencipta memori bersama sy..

    ReplyDelete
  5. persoalan di hati ini telah dirungkai sgalanya...Antara dua blog yg mmpunyai komukasi ats satu arash yg sama sperti ...

    Awal belum terletak..
    Akhir belum jadi..
    bumi belum terhampar..
    Langit belum terungkap...
    laut belum berlabuh..
    Didalam gelap gelumat..
    didalam kelam kelabut...
    Di dalam asyik maksud


    hahaha fahami btl2

    ReplyDelete
  6. to memoribilia: sudah gaharu cendana pula, sudah tahu sje nak bertanya pula.. huhu..
    sy fham ungkapan awk 2...

    ReplyDelete