Sunday, November 15, 2009

TOYOL

Tibe-tibe aku terfikir untuk berbicara tentang TOYOL.. semuanya gara-gara seorang teman sekolah aku yang menghubungi aku semalam. Lama kami berbual di telefon. Aku ceritakan padanya yang sekarang minggu exam.. Kemudian die cakap "apa susah, bawak lah toyol". Aku tertawa, tak terlintas rasanya aku untuk membawa toyol. Kemudian aku tertanya-tanya, kenapa menggunakan istilah toyol ini? Jadi aku cuba terangkan disini apa itu konsep Toyol yang sebenarnya:

Istilah TOYOL yang asal:
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebaga saka.

Toyol berperangai seperti anak kecil yang mempunyai susuk tubuh setinggi 50-60cm sahaja. Kulitnya merah kemerahan dan berwajah bulat dengan mata agak terkeluar sedikit. Dahinya menonjol, mulut lebar dan berkepala botak. Kegemarannya sama seperti anak kecil yang ingin dibelai dan mengikut apa yang dikehendakinya. Memiliki perwatakan sedikit nakal, suka mengomel tetapi licik dan pandai menjerumuskan manusia mengikut telunjuknya.

Ia adalah dari bangsa jin kafir yang kebanyakannya dipergunakan oleh manusia untuk mendapatkan wang dan menjadi kaya dengan cepat. Penggunaan toyol adalah merupakan kaedah ghaib bagi memperkayakan diri pemeliharanya yang jauh menyimpang dari ajaran agama dengan merompak dan mencuri harta benda orang lain secara ghaib.

Begitulah maksud sebenar toyol. Tapi kemudiannya istilah toyol yang sebenar ini telah diguna pakai oleh golongan tertentu untuk membawa maksud lain.

Istilah Toyol yang diubahsuai:
Toyol juga membawa maksud meniru. Istilah ini telah dicipta oleh golongan tertentu terutamanya golongan pelajar dan hanya difahami oleh kelompok yang tertentu juga. Perluasan makna ini boleh dikatakan salah satu bahasa slanga. Iaitu bahasa yang dicipta dan digunakan oleh golongan yang tertentu sahaja. Toyol disini bermaksud nota-nota kecil yang digunakan untuk dibawa semasa peperiksaan untuk bertujuan meniru. Itulah yang dimaksudkan oleh kawan aku yang suruh aku membawa Toyol semasa exam dijalankan. Istilah toyol ini diambil mungkin ada beberapa ciri persamaan. Misalnya:

1. Tersembunyi
2. Susah untuk dilihat oleh orang lain
3. Bersifat jahat
4. Manusia yang menjaganya

Mungkin ada beberapa persamaan lagi. Ternyata sebenarnya ramai dalam kalangan pelajar yang membawa toyol semasa peperiksaan. Juga pelbagai kaedah yang digunakan oleh pelajar semasa menggunakan khidmat 'toyol' ini.

sekadar gambar hiasan..

salah satu teknik menggunakan toyol time exam

toyol dimerata-rata tempat time exam!!

Sememangnya manusia suka mengaitkan tingkah laku manusia dengan hantu. Hantu dilambangkan dengan sifat-sifat yang jahat, buruk dan hina.. perlukah kita sebagai manusia menjadi sebegitu rupa???

No comments:

Post a Comment