Friday, March 12, 2010

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Kadang-kadang susah apabila tanggungjawab yang kita pegang perlu dilaksanakan sepenuhnya. Aku terpaksa melalui semua itu, aku diberikan tugas dan tanggungjawab. Aku perlu laksanakan semua tu. Tetapi kenapa perlu ada yang bersungut dengan tugas yang perlu aku pikul. Aku tahu aku berada di atas sekarang ini, bukan kehendak aku, tapi aku diberi tugas itu. Aku perlu melaksanakannya. Tapi kadangkala susah apabila ada kawan yang tak memahami. Mungkin adakala aku bertegas. Tapi aku bertegas dengan semua orang. Kalau aku memihak pada kawan2 sendiri itu adalah sesuatu yang tidak profesional.
Aku takkan menyokong walaupun kwn sendiri yang buat salah. Salah ke aku buat begitu. Sepatutnya cuba memahami tanggungjawab yang pikul dan bukan memberi masalah pada aku. Memang aku seorang yang tegas dalam kerja yang aku laksanakan. Mungkin sebab ini ada yang bersungut. YA ALLAH, sesungguhnya tak ada sedikit perasaan riak pun dalam diri aku apabila mempunyai pangkat atau populariti.
Sememangnya aku teguh dlm pendirian aku dalam kerja. Apa yang aku harapkan tolong beri kerjasama kpd aku jika benar bergelar seorang sahabat. . Bagi aku salah tetap salah. Itu prinsip aku dalam kerja dan tugas yang aku pertanggungjawabkan..
Aku tak minta semua pangkat dan segalanya ini dalam hidup aku. aku tak pernah menganggap pangkat itu satu yang aku bangga, riak dan takbur. Aku redha dengan ketentuan yang aku dapat. Kenapa masih ada yang nak menuding jari ke arah aku. Fahami prinsip aku dlm bekerja, aku perlu melaksanakan tugas aku. Maafkan aku jika ada kata2 yang menyinggung perasaan. Aku tak berniat jika ada kekasaran ketika aku menjalankan tanggunggjawab aku.

1 comment:

  1. ~INGAT X DIALOG NIE???
    " KAU TUE MT KEW???" (MLM JKKK)....

    ReplyDelete