Tuesday, January 18, 2011

ILHAM untuk menulis

Baru tadi aku belajar bagaimana utk mengahasilkan penciptaan karya kreatif dalam sastera. . Bagaimana seseorang penulis itu mendapat ilham utk menulis karya kreatif. Menarik bg aku yg suka menulis dan menghasilkan karya2 kreatif. aku masih baru dlm bidang ini, dn masih berjinak2 dalam penulisan karya kreatif. ada beberapa buah cerpen dan puisi aku telah hasilkan. tp mungkin tak sehebat penulis2 yg lain. Proses penciptaan karya kreatif ni menarik perhatian aku utk aku berkongsi rasa di sini. Daripada apa yg aku pelajari tadi sumber ilham bg seseorang utk berkarya byk dtg drpd pengalaman. sama ada pengalaman penulis sendiri atau pengalaman drpd kawan2 yg bercerita. selain tu dr hasil pembacaan. pembacaan yg byk turut membantu seseorang utk menghasil karya. Mendapat ilham berdasarkan pembacaan tentang isu2 semasa mahupun pembacaan karya2 kreatif penulis2 tanah air.

Benar semuanya, kerana aku juga menulis berdasarkan pengalaman aku dn juga pengalaman teman2 aku. Sering kali aku garapkan pengalaman teman2 yg bercerita lalu aku jadikan sebuah cerita. Aku juga sering mencatatkan perkataan2 menarik berdasarkan pembacaan aku. . Tapi apa yg cuba aku nk sampaikan ini bukan setakat kita leh mendpt ilham drpd pengalaman atau pembacaan. Tp aku rasa kita leh dpt ilham dr MIMPI.

MIMPI sesuatu yg terjadi semasa kita lena tidur. kadangkala mimpi ini hanya memenatkan tika di alam tidur. Aku kurang arif berkenaan mimpi. tp aku rasa perjalanan cerita dlm mimpi bkn perjalanan cerita realiti yg berlaku. Perjalanan cerita dlm mimpi selalunya tanpa kesudahan yg kita x tahu. dan bila terjaga kita mahu tahu ape kesudahan mimpi kita hingga rasa nk sambung tidur balik sebab nk mimpi itu terus bersambung.
Sememangnya mimpi itu permainan tidur!. . . Tapi mimpi mencipta satu cerita ketika kita tidur. x mustahil rasanya jalan cerita yg kita alami di alam mimpi kita jadikan ilham utk mencipta sebuah cerita. . . mungkin jugak kan???. . .

so, aku ase mimpi menjadi ilham utk kita mencipta sebuah karya kreatif. . . Boleh kan. . . .

No comments:

Post a Comment