Thursday, January 6, 2011

SALAM daripada PERMATA RINDU


Entah kenapa nama PERMATA RINDU yg aku pilih kali ni. Kat fb n blog ni jgak aku tukar jadi nama PERMATA RINDU. Sebenarnya nama ni dapat ilham dari seseorang yang selalu memanggil aku dgn nama permata. . Tapi skang ni x kedengaran lagi die panggil aku dgn nama permata. . so aku jadi rindu dgn panggilannya. lastnye aku letak nama aku PERMATA RINDU. huhu. . PERMATA ni akan terus merindu si pemberi nama. . . jadi salam aku ucapkan dari si PERMATA RINDU yang baru ini. .

Sebenarnya aku nak kongsi satu cerita tentang seorang sahabat yg dulunya pernah menjadi seorang musuh aku. . aku benci gila dia time sekolah dulu. . tapi 2 lah bila dah dewasa ini, umur semakin matang, fikiran semakin matang kami jadi sahabat semula. . dan dia hadir ketika aku benar2perlukan seorang teman yg memahami. . ternyata dia seorang yang begitu memahami jiwa aku. .

Dia kata jiwanya juga dah lama mati. Hatinya ade di dasar laut dalam. Susah nk kembalikan semula. . Begitu juga aku, hati aku berada kat bintang di langit tinggi. Sukar nk capai. Guna 5 batang galah pn belum tentu dapat terkait lagi hati aku. . sengaja aku x mahu hati ini kembali lagi. membiarkannya terawang2 tanpa pemilik yg pasti mahupun aku!

Dia juga begitu, seperti aku. Namun ternyata lebih kuat mengharungi apa yg terjadi kepada hidupnya. dia kata jika aku terus hidup dalam kenangan, aku akan merana. . Dia dah lama hidup dalam kenangan, dengan harapan. . tiada apa yg dia dapat melainkan kecewa. . Tak ku sangka ada lagi lelaki yg mcm ni. . Hidup dalam harapan cintanya. Aku taw w/pun dia bg nasihat aku supaya x hidup dgn kenangan dan harapan, tapi sebenarnya dia masih hidup dgn kenangan dan harapannya. . Aku taw sakitnya kau hingga saat ini menanggung rasa dan aku taw kau tak mahu aku hidup seperti dirimu kan. .

Hingga saat ini dia terus ingatkan aku agar aku x terus jatuh, agar aku kembali spt dulu, agar aku senyum dan tertawa sebahagia dulu. . Hakikatnya die masih terus mengenang kenangan2 indahnya saat dulu, terus menanti harapannya akan tercapai satu hari nty. Aku tahu kerana aku jua begitu. Aku jalani hidup ini seperti biasa , hakikatnya aku masih hidup dalam kenangan2 itu. .

terima kasih kerana masih menjadi kwn aku hingga tika ini. .

No comments:

Post a Comment