Tuesday, May 29, 2012

~KINI DUNIA KU BERBEZA~

Aku kembali menulis dengan nada-nada baru dalam kalimatku. . Lama juga aku menyepi dan mendiamkan diri dari dunia blogging. . Semuanya kerana aku x mempunyai ruang masa yang sesuai utk aku mengarang disini. . Aku masih dalam pencarian kehidupan. . Alhamdulillah aku telah mula menjejakkan diri dalam dunia pekerjaan. . selepas saja habis bergraduasi, macam2 kerja telah aku laksanakan. . Semuanya memberi aku pengalaman yg berharga dan meninggalkan kesan dlm hidupku. . aku pernah bergelar seorang guru fasilitator kepada pelatih PLKN, pernah bergelar seorang guru ganti kepada pelajar sekolah Rendah Kebangsaan Manong, dan juga pernah bergelar seorang guru tuisyen kepada beberapa orang murid. . 

Nampaknya banyak pengalaman aku sebagai tenaga pengajarkan. . Tapi sekarang profesion aku sebagai guru terus hilang. . Aku kini begelar seorang Personal Assistant di salah sebuah Syarikat Swasta di Ipoh. . Hmmm. . agak susah dlm pencarian pekerjaan yang aku minati. . Walau apa pun aku dapat mengumpul pengalaman yang banyak di sini. .

Actually, bukan ini yang aku ingin kongsikan, tp takpe lah aku sekadar menceritakan perkembangan terbaru aku. . Aku mula membuka kembali blog aku yg berhabuk ini kerana ada seorang kenalan aku bertanya 
"ko x update blog ke weh?". .  Barulah terdetik hati aku ini membuka kembali blog yang telah bersawang ini. Rupanya ada juga yg menanti kehadiran kalimat terbaru bagi mengisi kembali ruangan titipan hati aku ini. Jadi aku kembali membersihkan sawang2 di blog ini, dan kembali mengukir warna2 yg menarik dlm blog ini. . Kalau ada masa nanti aku wat renovation skit. . hehehe. . Baru sempoi kan. 

Baru2 ini aku terpandang satu gambar seorang sahabat aku di facebook. gmbar tersebut gambar dalam kelas di Universiti. . Ia amat menarik perhatian aku untuk menatap lebih lama. Hingga akhirnya aku mengeluh sendiri, zaman aku sebagai seorang pelajar telah lama berlalu. . Nampak ketara berbeza kami berdua kini. . Aku telah pun berada dalam dunia pekerjaan. . Aku tidak lagi bz dgn assigment dan buku yg menimbun perlu aku habiskan. Aku tidak perlu membuat nota2 utk aku baca sebelum tidur, aku tidak lg bersengkang mata study hingga lewat mlm. . Ternyata benar dunia aku kini telah berbeza. . Dunia aku kini hanya perlu ke pejabat. Membuat kerja hanya dari pukul 9.00 pagi hingga 6 petang. . Kerja hanya mengikut waktu. Waktu yg lain aku bebas dr sebarang bebanan kerja. . Kerja yg aku berbayar. Sepenat mana pun aku buat mesti ada bayaran. . 

Namun, sedikit sebanyak aku merindui zaman aku sebagai seorang pelajar. . Sangat merindui zaman itu. Walaupun perlu menghadap buku, siapkan assigment. Tapi hati aku gembira disamping ramai kawan di sekeliling aku. . Enjoy sana sini, berjalan sana sini. Cepat masa berlalu. . Dunia itu telah aku tinggalkan. . Aku perlu menghadapi dunia kini yang memelukan aku lebih berusaha demi masa depan yang terbaik. . .


1 comment: