Monday, January 28, 2013

~USIKAN KENANGAN ADIK ANGKAT~

Hari ini ada sesuatu ingin aku kongsikan dalam dunia si permata rindu. . Aku baru sahaja pulang dr kg halaman. Tapi ini bukan perkara baru aku lakukan, mmg dah jadi rutin aku akan pulang ke kg halaman bila cuti weekend. . Tapi pada tarikh 25 Januari 2013 hari jumaat, waktu petang, aku melalui jalan kuala kangsar, aku melalui jalan di mana aku pasti akan nampak sekolah menengah aku ketika aku tingkatan 6. . Dan ini bukanlah kali pertama aku lalu jalan ni, dah beribu kali aku memang lalui jalan ini untuk pulang ke kg halaman, ataupun utk aku keluar ke bandar kuala kangsar. . Namun pada jumaat lalu hati aku terdetik dengan usikan kenangan di sekolah itu, dan juga di asrama berhadapan dengan sekolah itu. . Dah lama aku meninggalkan zaman persekolahan, tahun 2007 aku menamatkan tingkatan 6 di sekolah itu. . 

Pelbagai usikan kenangan menjelma ketika aku terpandang asrama di hadapan sekolah itu. . tak sampai setahun pun aku menginap di asrama itu. Namun banyak kenangan tercipta, ada kenangan pahit, dan ad kenangan manis. . Tersenyum sendiri aku dalam kereta. . Kalau nak tahu aku pernah kene denda ketuk ketampi kat dewan makan sebanyak 60 kali. . Hahahaha, masa tu malu mmg x terhingga lah rasa. . Now rasa kelakar pulak bila dikenangkan kembali. . Sebab 2 lah dipanggil kenangan. . 

Tapi bukan itu kenangan yg mengusik aku ketika itu, tapi kenangan perkenalan aku dengan seorang adik angkat aku yang bernama "ACAB". Nama sebenar die Asyraf, tapi nama gelaran die acab. . Masa dulu aku memang selalu pandang die masa di dewan makan sebab kami duduk bersetentang meja. Tapi ada sebab kenapa aku suka pandang die, sebab wajah dia mirip seorang kenalan aku yang aku anggap adik jugak dalam kehidupan aku, namun dia telah menemui Ilahi terlebih awal. . Wajah Acab yg mirip dgnnya kenalan aku dulu membuat aku mmg selalu memandang wajahnya. Akhirnya die bergelar adik angkat aku. . Aduh, kelakar aku rasa, yelah masa tu duduk asrama mmg dah style duk asrama sekolah ni ada adik angkat, kakak angkat, abang angkat bagai kan.. huhu jadi termasuklah aku pun tergolong dlm spesis manusia yg ikut style dok kat asrama ni.

Alhamdulillah, die baik dengan aku hingga kini, kami pernah terputus hubungan sebab die berpindah ke tempat lain dan menyepi diri dengan lamanya. . Hinggalah tiba2 die menghubungi aku mengatakan die masuk tentera. Kemudian die menyepikan diri sekali lagi sebab training tentera, habis sahaja training die hubungi aku balik mengatakan dia nak jumpa aku sebelum die posting ke sabah. . Alhamdulillah, dia dapat keje yang bagus, boleh menyara keluarga. Dia kini jauh diperantauan. Kadang2 ada juga dia menghubungi aku bertanyakan khabar kakaknya ni. . Terima kasih sebab sehingga kini dia masih ingat aku sebagai kakak. terima kasih juga kerana menemani hari2 aku dulu masa di asrama, terima kasih juga kerana tak pernah lupakan aku walau kita berjauhan.. Semoga dirimu tabah menjalankan tugas sebagai seorang tentera, aku tahu itu mmg cita2 mu sedari dulu. . Rindu pulak rasanya bila story mory sal Acab ni. . Ada rezeki kita jumpa bila Acab balik semenanjung nty ok. . Dont wory akk blnja pulak kali ini. . Insyaallah. . Kejap lagi nak call dia tanya khabar. . 

Oklah, cukuplah story mory permata rindu hari ni tentang adik agkat. . Jumpa lagi dalam story mory lain.. okies. . 
Wassalam.  . =)

No comments:

Post a Comment